Thursday, 3 January 2013

Welcome To Planet Earth

Dua hari lepas gua berkesempatan gi jenguk sahabat gua yang baru dapat baby di Bangi..Sahabat seperjuangan, seangkatan, sedulang, dan banyak lagi se nya tetapi yang pastinya bukan sahabat sebilik gua la..Family Sungai Lui jugak kategorinya hah..Rasa-rasanya lah, kalau gua tak silap, sahabat gua ne baru setahun mendirikan rumah tangga..Alhamdulillah, murah rezeki..Bertambahlah rezeki mereka di awal tahun baru ini dengan kedatangan penyeri dalam keluarga mereka..Yusuf Hamzah Fansuri nama bayi lelaki sahabat gua ne..Sedap namanya..Punya nama Prophet juga bijaksana maksudnya..Tapi, masa gua datang nak tengok tuan punya nama Yusuf ne, tidur plaa dia..Punya lah nyenyak dia tidur sampai dikaco-kaco dia tidur pon dia buat dekk jek..Huhu..Umurnya baru 16 hari rasanya masa gua gi tengok tu..Tengah membesar lerk tu kalau baby asek tidur jek..Tenang siot tengok baby..Sangat tenang..Kain putih yang bakal ibu dan ayahnya corakkan..Harap-harap coraknya itu punya nilai-nilai yang baik dalamnya..Gua yakinlah ibu dan ayah yusuf ne mahukan yang terbaik buat anak mereka..Gua nak membebel sket lah pasal anak-anak ne..Tapi gua belum jadi abah lagi ne..Ada la sket-sket pengalaman yang gua dapat sejak 10 tahun gua terlibat dalam bidang pembangunan modal insan ne..Senang cerita bidang motivasi khususnya bagi kanak-kanak, remaja dan belia..Nak cakap yang gua ne baaaaaaaaaaik sangat atau pon sempurna dari segala aspek tue memang tidaklah..Gua sendiri pon sangat banyak kekurangan dan kesilapan yang gua dah buat..Tapi gua tak nak anak bangsa gua hanyut..Gua tak nak anak bangsa gua takde pegangan..Gua tak nak anak bangsa gua sesat..Sedih beb..Kadang-kadang sampai terduduk menangis gua sorang-sorang di sungai lui tue bila dengar dan berhadapan dengan realiti apa yang ada masa kini..Lost beb, kadang-kadang sampai total lost..Ada jugak yang sampai dah lupa pegangan diri..Macam mana tu beb, cuba lu orang pikirkan..Kalau yang memang takde pegangan dari lahir macam kawan-kawan gua yang non-muslim takpe beb..Tapi yang gua berhadapan ne beb, lahirnya dengar KALIMAH-KALIMAH AGUNGKAN YANG MAHA ESA..Tapi bila ditanya..Memang macam takde pegangan beb..Baik yang lelaki atau perempuan..Lu orang tengok secara kasarnya memang nampak macam biasa sahaja..Tapi bila cuba diselami sket..Huh..Bergegar jantung beb..Gua masa kecik dulu nakal jugak beb..Nakal..Tapi gua tak lupa apa yang abah dan mak gua ajar dan bagitau gua..Gua ingat sampai sekarang..Rukun itu berapa, rukun ini berapa, sampai sekarang gua semat dalam hati sebab gua percaya dengan pegangan yang dua ada sekarang..Tapi budak sekarang, menangis beb gua tengok..Ada yang sampai tanya gua balik, ada rukun ke abang..Itu tak tahu, ini tak tahu..Serba serbi buta beb..Buta pada pegangan yang sepatutnya diaorang tahu dan pegang dari kecil lagi..Ini bukan perkara biasa atau perkara-perkara kecik yang boleh gua cerita kat kedai kopi ke, kat kedai mamak ke atau kat tepi bus stop sekali pon..Ini hal besar beb..Sangat besar halnya..Mungkin dengan sedikit usaha yang gua dan family sg lui gua buat kat sana tu akan membantu..Tapi hal ini perlukan partisipasi daripada semua pihak..Semuanya sekali..Sama-sama jelah kita berharap hal ini akan dapat diubah..Gua doakan YUSUF HAMZAH FANSURI dapat jadi seorang anak yang soleh terhadap pegangannya, rasulnya dan ibu ayahnya..

** nota lekat : jangan lupa ajar pada yusuf rukun-rukun sungai lui yang wajib yusuf ketahui..haha..sambil tengok balik gambar-gambar kenangan family sungai lui terutamanya gambar mamanya si yusuf..peace yo..

No comments:

Post a Comment