Wednesday 2 January 2013

Darjah Satu

DARJAH SATU..Huhu, tersangatlah banyak memori kot bila bercakap tentang masuk darjah satu ne..Bukan setakat gua jek, gua rasa lu orang pon sangat banyak memori bila bercakap tentang hal ini..Yang gua pasti gua masih ingat lagi saat-saat gua ketika di darjah satu dah lama sangat dah..Macam-macam telatahnya manusia-manusia disekeliling gua..Haha, yang pastinya gua melangkah masuk darjah satu ini dengan penuh bangga dan jantannya sebab mak abah gua tak teman gua siot..Keliling gua, ramai gila yang gua nampak macam mak abah yang nak masuk sekolah, bukannya anak-anak..Sayang anak lah katakan..Bukan gua cakap mak abah gua tak sayangkan gua..Tapi mak abah gua tunjukkan kasih sayang mereka dengan cara yang berbeza..Masa tu dalam hidup dah rasa up sket dah kot daripada budak-budak tadika yang lain yang seangkatan dengan gua bila masa time nak main guli, main tuju kasut, main macam-macam lagi yang gua pasti budak-budak sekarang tak tahu apa jadahnya permain-permainan tersbut..Lain beb dulu dengan sekarang, bukan setakat bercakap soal DARJAH SATU sahaja, soal permainan, soal kehidupan, soal pelajaran dan banyak lagi hal-hal lain yang berbeza langit dan bumi..Tapi apa yang gua pasti, bagi gua, gua syukur sangat-sangat gua dapat belajar banyak perkara masa gua membesar..Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, budak-budak bukak jek mata hah dah dilambakkan dengan betapa canggihnya teknologi..Zaman gua budak-budak teknologi baru nak berkembang..Masa tu mana ada gadget-gadget macam sekarang ne..Dengan Playstation lah, XBOX lah, Ipad lah, Tab lah, itu lah, ini lah dan macam-macam lagi..Semua benda dah jadi senang nak dapat..Handphone pon kalau ada 60 70 hengget dah boleh dapat..Nak dibandingkan dengan zaman gua budak-budak,memang lah kami semua ne banyak yang tertinggal..Tapi dapat jugak gua survive sampai hari ini..Budak-budak sekarang mana nak rasa time darjah satu atau darjah dua pergi memancing..Kat kampung gua, budak-budak cakap jom pi mengail ikan..hanya guna tali tangsi yang dililit pada tin kosong dan hujungnya diikat dengan mata kail..Umpannya apa lagi, masing-masing cangkul tanah carik cacing..Itupon dapat habuan jugak..Kalau kat tali air boleh dapat Lampam, kat bendang atau nama lainnya sawah boleh dapat ikan haruan..Bila balik mesti kena marah dulu baru dapat rasa ikan yang ditangkap tadi..Macam-macam lagi beb kalaugua nak cerita pasal zaman budak-budak dulu..Itu tak masuk lagi cerita bawak basikal takde brek, terus pakai tapak selipar jek..Tak masuk lagi cerita masuk hutan getah main tembak biji getah..Tak masuk lagi cerita kena ikat kat pokok mangga yang banyak semut api..Haha..Nostalgia yang sangat mahal buat gua..Bab teknologi lagi la tak payah nak cerita..Budak-budak sekarang mana penah guna DISKET nak simpan data..Itupon hanya boleh simpan 1.44 MB jek..Mana nak dapat sekarang..Cerita bab komputer dulu dan sekarang lagi la banyak bezanya..Apapun, lu orang budak-budak zaman sekarang patut rasa bersyukur dengan apa yang lu orang ada sekarang ini..Semuanya dah dilambak didepan mata..So lu otang kena pandai guna dan jangan sampai hilang adap dan identiti diri..Mesti kena tahu cara nak hormat orang dan sebagainya..Insyallah nanti kalau ada masa, gua sambung PART TWO plaa cerita-cerita sejarah zaman dolu-dolu yang jauh bezanya dengan sekarang..

**nota lekat : satu hiburan kot bila lu orang tengok budak-budak darjah satu masuk sekolah..yang bestnya bila tengok kadang-kadang mak abah yang lagi sakan daripada anak-anak..ada yang sampai anak pulak kena tanya, "mama, mama, bila mama nak balik ne.?"haha..macam mana lah gayanya anak gua masuk darjah satu nanti??calon mamanya pon tak ada lagi..haih..

No comments:

Post a Comment