Tuesday 1 January 2013

1..2..Mula..


2013..Diharapkan agar tahun ini lebih baik buat gua..2012 banyak mengajar gua seribu satu macam perkara dalam kehidupan..Manusia memang diciptakan berbeza antara satu sama lain..Tiap kita punyai perasaan, pendapat, ideologi, pegangan, gaya hidup, naluri, cinta dan pelbagai lagi perkara yang membezakan gua dengan yang lain-lain..Namun gua rasa tiap manusia punyai satu kehendak yang agak sama dengan yang lain..Lu orang mesti tahu punya..Tapi masing-masing punya pendapat yang berbeza..Apapun hari ini adalah satu PERMULAAN BARU buat gua..2012 akan jadi satu pelajaran buat gua yang gua akan terima dan belajar daripadanya..Jadi, hari ini perlu ada matlamat dan impian yang baru dalam kehidupan untuk dipenuhi sepanjang tahun 2013 supaya ianya lebih berwarna-warni dengan rencah kehidupan yang lebih mencabar untuk gua terus berjaya dan sukses dengan jalan pilihan gua..Kejayaan punyai definisi yang berbeza bagi setiap manusia, namun gua sendiri yang mampu mentafsirkannya menjadi realiti dalam hidup gua..Peduli apa orang nak cakap-cakap pasal diri gua, gua hanya akan amek port jika cakap-cakap itu mampu buat gua jadi lebih baik dan maju dalam hidup gua..Selagi gua rasa apa yang gua buat itu betul pada apa pegangan gua sekarang ini, gua akan teruskan..Dan gua terlalu mempercayai bahawa gua hanya boleh bergantung harap padaNYA..Gua akan terus dengan pegangan yang gua percaya ini dan hanya pegangan ini sahaja yang mampu bawak gua masuk SYURGA nanti..Bercakap soal PERMULAAN BARU, semalam tepat jam 0001 adalah permulaan baru untuk 2013 bagi semua manusia..Tiap-tiap mereka ambil pendekatan yang lain dalam menghadapinya..Tapi yang tak boleh blahnya ialah jalan menuju kerumah gua di seksyen 7 punyalah jem..Dahla semalam ditakdirkan gua balik lambat..Pusing punya pusing akhirnya sampai jugak ke rumah gua yang asalnya hanya lima minit daripada opis gua..Dunia ohh Dunia..Mungkin itu cara mereka..Tapi yang sedihnya bila manusia yang dilihat punyai pegangan lupa asal usulnya..Mana mereka campak pegangan mereka..Mungkin ada diantara mereka yang simpan dulu pegangan itu dalam kocek mereka dan hanya keluarkan bila mereka terhimpit dan perlukan pertolongan..Tapi ada jugak yang secara totalnya campak terus pegangan mereka entah kemana kerana lena dibuai oleh dunia yang serba lengkap yang mungkin syurga buat mereka..Apapun gua doakan agar mereka masih lagi ada secubit hati yang boleh dibawa kembali kepada pegangan mereka..Harap-harap agar YANG MAHA ESA dapat beri mereka cahaya dalam dunia yang sangat-sangat "up to date" bagi mereka..Gua rasa dah banyak gua taip ne untuk permulaan buat gua dan lu orang baca..Bukan nak tunjuk atau buktikan apa-apa, tapi ini hanyalah sedikit picisan yang gua dapat kongsikan bersama lu orang dan buat diri gua sendiri jugak..Moga senantiasa ada sinar buat gua besok dan selamanya sekiranya gua masih bernafas..

**nota lekat : siapalah yang teringin nak amek lemak gua sket ne.?haha..so, matlamat dan misi tambahan 2013, gua nak kurangkan apa yang boleh dikurangkan..sambil usap perut sendiri..moga sukses ya encik silotape..

No comments:

Post a Comment