Saturday 5 January 2013

Serakah

Serakah..
Apa sahaja gua rembat dan sesah..
Apa pun asal boleh buat bahagia..
Apa benda yang mampu bikin puas segala..
Apa jadahnya miskin tak punya apa-apa..
Apa mahu semua gua yakini halal belaka..
Apa bestnya fikir dosa dan neraka..
Apa perlu aku ikut jalan tak bernoda..
Kenapa mahu jadi yang biasa-biasa..
Kenapa tak ambil saja apa lu mahu..
Kenapa jadi sampai semuanya kau sapu..
Kenapa perlu ikut yang selalunya ada dalam buku..
Kenapa mesti gua ikut lu..
Kenapa harus hanya tunduk membisu..
Kenapa bikin bacul jadi hero..
Mengapa tidak dulang gua yang lu isi..
Mengapa dua tiga tak boleh gua ikut..
Mengapa celaka itu yang lu geruni..
Mengapa singa pula yang layu terkaku..
Mengapa mahu yang lanjut sedangkan ada yang bergetah..
Mengapa harap akan berlaku walau hanya khayalan..
Mengapa lu masih tak jalan-jalan..

apa..kenapa..mengapa..
serakah tetap serakah..
mana mungkin jadi buah..
yang nikmat tetap nikmat..
jangan tukar jadi bangsat..
yang sedap tetap sedap..
jangan tukar jadi yang malap..
serakah tetap serakah..
lu sendiri fikir mana nak sembah..




** nota lekat : gua tak paham dengan manusia yang walaupun dah cukup apa kehendaknya..tetap mahu yang orang punya..sendiri mau ingat..ini hari lu sedap..besok-besok lu yang sangap..

Friday 4 January 2013

Antara Dua

ANTARA DUA..Ada saat dan ketikanya gua dan lu orang mesti pernah berada di suatu persimpangan yang membuatkan kita terpaksa buat pilihan..Buat pilihan antara kanan atau kiri..Pilihan antara baik atau buruk..Pilihan antara itu atau ini..Pilihan antara SYURGA atau NERAKA..Semua pilihan itu terserah pada kita..Gua rasakan lu orang yang boleh membaca apa yang gua tulis ini sudah punya akal yang sangat-sangat baik untuk membuat pilihan yang terpaksa lu orang buat..Dan sekarang ne gua yang tengah dalam dilema untuk buat keputusan yang gua rasa besar jugak dalam hidup gua..Huhu..Tak tenang gua beb enam tujuh hari ne..Balik-balik asyik memikirkan aje tentang apa yang perlu gua putuskan..Banyak aspek yang gua perlu pertimbangkan untuk buat keputusan demi masa depan gua ne..Tersilap langkah nanti, masa depan yang tergadai..Gua jugak yang merana..Gawat gawat..Tarik nafas panjang-panjang kemudian lepaskan..Tapi fikiran gua masih lagi bercelaru..Dah nak masuk seminggu dah gua asek berfikir soal ini..Besok dah masuk hari ke lapan gua fikir..Gua masih tak dapat nak carik penyelesaiannya..Gua masih belum nampak jalan..Gua mesti cepat dapat keputusannya ini..Ini soal masa depan beb..Tak boleh nak lengah-lengahkan lagi..Tersilap keputusan yang gua buat..Gelap masa depan..Kalau betul keputusannya, cerah masa depan yang menanti gua..Gua dah amek kata putus..Besok gua mesti buat keputusannya..Harap-harap malam ne gua dapat la ilham untuk gua buat keputusan besar ini..Nak harapkan dua budak bandung yang serumah dengan gua tu bantu gua,huh..Takut nanti gua dipengaruhi ideologi bandung yang telah diaorang bawak kesini..

** nota lekat : gua tengah dok serabut dengan warna cat yang gua nak kena pilih untuk cat bilik gua ne..warna gelap ke warna terang..ilham2..datanglah dikau..jangan ilham datang nanti warna sama macam cik kelly sudahlah..

Thursday 3 January 2013

Welcome To Planet Earth

Dua hari lepas gua berkesempatan gi jenguk sahabat gua yang baru dapat baby di Bangi..Sahabat seperjuangan, seangkatan, sedulang, dan banyak lagi se nya tetapi yang pastinya bukan sahabat sebilik gua la..Family Sungai Lui jugak kategorinya hah..Rasa-rasanya lah, kalau gua tak silap, sahabat gua ne baru setahun mendirikan rumah tangga..Alhamdulillah, murah rezeki..Bertambahlah rezeki mereka di awal tahun baru ini dengan kedatangan penyeri dalam keluarga mereka..Yusuf Hamzah Fansuri nama bayi lelaki sahabat gua ne..Sedap namanya..Punya nama Prophet juga bijaksana maksudnya..Tapi, masa gua datang nak tengok tuan punya nama Yusuf ne, tidur plaa dia..Punya lah nyenyak dia tidur sampai dikaco-kaco dia tidur pon dia buat dekk jek..Huhu..Umurnya baru 16 hari rasanya masa gua gi tengok tu..Tengah membesar lerk tu kalau baby asek tidur jek..Tenang siot tengok baby..Sangat tenang..Kain putih yang bakal ibu dan ayahnya corakkan..Harap-harap coraknya itu punya nilai-nilai yang baik dalamnya..Gua yakinlah ibu dan ayah yusuf ne mahukan yang terbaik buat anak mereka..Gua nak membebel sket lah pasal anak-anak ne..Tapi gua belum jadi abah lagi ne..Ada la sket-sket pengalaman yang gua dapat sejak 10 tahun gua terlibat dalam bidang pembangunan modal insan ne..Senang cerita bidang motivasi khususnya bagi kanak-kanak, remaja dan belia..Nak cakap yang gua ne baaaaaaaaaaik sangat atau pon sempurna dari segala aspek tue memang tidaklah..Gua sendiri pon sangat banyak kekurangan dan kesilapan yang gua dah buat..Tapi gua tak nak anak bangsa gua hanyut..Gua tak nak anak bangsa gua takde pegangan..Gua tak nak anak bangsa gua sesat..Sedih beb..Kadang-kadang sampai terduduk menangis gua sorang-sorang di sungai lui tue bila dengar dan berhadapan dengan realiti apa yang ada masa kini..Lost beb, kadang-kadang sampai total lost..Ada jugak yang sampai dah lupa pegangan diri..Macam mana tu beb, cuba lu orang pikirkan..Kalau yang memang takde pegangan dari lahir macam kawan-kawan gua yang non-muslim takpe beb..Tapi yang gua berhadapan ne beb, lahirnya dengar KALIMAH-KALIMAH AGUNGKAN YANG MAHA ESA..Tapi bila ditanya..Memang macam takde pegangan beb..Baik yang lelaki atau perempuan..Lu orang tengok secara kasarnya memang nampak macam biasa sahaja..Tapi bila cuba diselami sket..Huh..Bergegar jantung beb..Gua masa kecik dulu nakal jugak beb..Nakal..Tapi gua tak lupa apa yang abah dan mak gua ajar dan bagitau gua..Gua ingat sampai sekarang..Rukun itu berapa, rukun ini berapa, sampai sekarang gua semat dalam hati sebab gua percaya dengan pegangan yang dua ada sekarang..Tapi budak sekarang, menangis beb gua tengok..Ada yang sampai tanya gua balik, ada rukun ke abang..Itu tak tahu, ini tak tahu..Serba serbi buta beb..Buta pada pegangan yang sepatutnya diaorang tahu dan pegang dari kecil lagi..Ini bukan perkara biasa atau perkara-perkara kecik yang boleh gua cerita kat kedai kopi ke, kat kedai mamak ke atau kat tepi bus stop sekali pon..Ini hal besar beb..Sangat besar halnya..Mungkin dengan sedikit usaha yang gua dan family sg lui gua buat kat sana tu akan membantu..Tapi hal ini perlukan partisipasi daripada semua pihak..Semuanya sekali..Sama-sama jelah kita berharap hal ini akan dapat diubah..Gua doakan YUSUF HAMZAH FANSURI dapat jadi seorang anak yang soleh terhadap pegangannya, rasulnya dan ibu ayahnya..

** nota lekat : jangan lupa ajar pada yusuf rukun-rukun sungai lui yang wajib yusuf ketahui..haha..sambil tengok balik gambar-gambar kenangan family sungai lui terutamanya gambar mamanya si yusuf..peace yo..

Wednesday 2 January 2013

Darjah Satu

DARJAH SATU..Huhu, tersangatlah banyak memori kot bila bercakap tentang masuk darjah satu ne..Bukan setakat gua jek, gua rasa lu orang pon sangat banyak memori bila bercakap tentang hal ini..Yang gua pasti gua masih ingat lagi saat-saat gua ketika di darjah satu dah lama sangat dah..Macam-macam telatahnya manusia-manusia disekeliling gua..Haha, yang pastinya gua melangkah masuk darjah satu ini dengan penuh bangga dan jantannya sebab mak abah gua tak teman gua siot..Keliling gua, ramai gila yang gua nampak macam mak abah yang nak masuk sekolah, bukannya anak-anak..Sayang anak lah katakan..Bukan gua cakap mak abah gua tak sayangkan gua..Tapi mak abah gua tunjukkan kasih sayang mereka dengan cara yang berbeza..Masa tu dalam hidup dah rasa up sket dah kot daripada budak-budak tadika yang lain yang seangkatan dengan gua bila masa time nak main guli, main tuju kasut, main macam-macam lagi yang gua pasti budak-budak sekarang tak tahu apa jadahnya permain-permainan tersbut..Lain beb dulu dengan sekarang, bukan setakat bercakap soal DARJAH SATU sahaja, soal permainan, soal kehidupan, soal pelajaran dan banyak lagi hal-hal lain yang berbeza langit dan bumi..Tapi apa yang gua pasti, bagi gua, gua syukur sangat-sangat gua dapat belajar banyak perkara masa gua membesar..Kalau nak dibandingkan dengan sekarang, budak-budak bukak jek mata hah dah dilambakkan dengan betapa canggihnya teknologi..Zaman gua budak-budak teknologi baru nak berkembang..Masa tu mana ada gadget-gadget macam sekarang ne..Dengan Playstation lah, XBOX lah, Ipad lah, Tab lah, itu lah, ini lah dan macam-macam lagi..Semua benda dah jadi senang nak dapat..Handphone pon kalau ada 60 70 hengget dah boleh dapat..Nak dibandingkan dengan zaman gua budak-budak,memang lah kami semua ne banyak yang tertinggal..Tapi dapat jugak gua survive sampai hari ini..Budak-budak sekarang mana nak rasa time darjah satu atau darjah dua pergi memancing..Kat kampung gua, budak-budak cakap jom pi mengail ikan..hanya guna tali tangsi yang dililit pada tin kosong dan hujungnya diikat dengan mata kail..Umpannya apa lagi, masing-masing cangkul tanah carik cacing..Itupon dapat habuan jugak..Kalau kat tali air boleh dapat Lampam, kat bendang atau nama lainnya sawah boleh dapat ikan haruan..Bila balik mesti kena marah dulu baru dapat rasa ikan yang ditangkap tadi..Macam-macam lagi beb kalaugua nak cerita pasal zaman budak-budak dulu..Itu tak masuk lagi cerita bawak basikal takde brek, terus pakai tapak selipar jek..Tak masuk lagi cerita masuk hutan getah main tembak biji getah..Tak masuk lagi cerita kena ikat kat pokok mangga yang banyak semut api..Haha..Nostalgia yang sangat mahal buat gua..Bab teknologi lagi la tak payah nak cerita..Budak-budak sekarang mana penah guna DISKET nak simpan data..Itupon hanya boleh simpan 1.44 MB jek..Mana nak dapat sekarang..Cerita bab komputer dulu dan sekarang lagi la banyak bezanya..Apapun, lu orang budak-budak zaman sekarang patut rasa bersyukur dengan apa yang lu orang ada sekarang ini..Semuanya dah dilambak didepan mata..So lu otang kena pandai guna dan jangan sampai hilang adap dan identiti diri..Mesti kena tahu cara nak hormat orang dan sebagainya..Insyallah nanti kalau ada masa, gua sambung PART TWO plaa cerita-cerita sejarah zaman dolu-dolu yang jauh bezanya dengan sekarang..

**nota lekat : satu hiburan kot bila lu orang tengok budak-budak darjah satu masuk sekolah..yang bestnya bila tengok kadang-kadang mak abah yang lagi sakan daripada anak-anak..ada yang sampai anak pulak kena tanya, "mama, mama, bila mama nak balik ne.?"haha..macam mana lah gayanya anak gua masuk darjah satu nanti??calon mamanya pon tak ada lagi..haih..

Tuesday 1 January 2013

1..2..Mula..


2013..Diharapkan agar tahun ini lebih baik buat gua..2012 banyak mengajar gua seribu satu macam perkara dalam kehidupan..Manusia memang diciptakan berbeza antara satu sama lain..Tiap kita punyai perasaan, pendapat, ideologi, pegangan, gaya hidup, naluri, cinta dan pelbagai lagi perkara yang membezakan gua dengan yang lain-lain..Namun gua rasa tiap manusia punyai satu kehendak yang agak sama dengan yang lain..Lu orang mesti tahu punya..Tapi masing-masing punya pendapat yang berbeza..Apapun hari ini adalah satu PERMULAAN BARU buat gua..2012 akan jadi satu pelajaran buat gua yang gua akan terima dan belajar daripadanya..Jadi, hari ini perlu ada matlamat dan impian yang baru dalam kehidupan untuk dipenuhi sepanjang tahun 2013 supaya ianya lebih berwarna-warni dengan rencah kehidupan yang lebih mencabar untuk gua terus berjaya dan sukses dengan jalan pilihan gua..Kejayaan punyai definisi yang berbeza bagi setiap manusia, namun gua sendiri yang mampu mentafsirkannya menjadi realiti dalam hidup gua..Peduli apa orang nak cakap-cakap pasal diri gua, gua hanya akan amek port jika cakap-cakap itu mampu buat gua jadi lebih baik dan maju dalam hidup gua..Selagi gua rasa apa yang gua buat itu betul pada apa pegangan gua sekarang ini, gua akan teruskan..Dan gua terlalu mempercayai bahawa gua hanya boleh bergantung harap padaNYA..Gua akan terus dengan pegangan yang gua percaya ini dan hanya pegangan ini sahaja yang mampu bawak gua masuk SYURGA nanti..Bercakap soal PERMULAAN BARU, semalam tepat jam 0001 adalah permulaan baru untuk 2013 bagi semua manusia..Tiap-tiap mereka ambil pendekatan yang lain dalam menghadapinya..Tapi yang tak boleh blahnya ialah jalan menuju kerumah gua di seksyen 7 punyalah jem..Dahla semalam ditakdirkan gua balik lambat..Pusing punya pusing akhirnya sampai jugak ke rumah gua yang asalnya hanya lima minit daripada opis gua..Dunia ohh Dunia..Mungkin itu cara mereka..Tapi yang sedihnya bila manusia yang dilihat punyai pegangan lupa asal usulnya..Mana mereka campak pegangan mereka..Mungkin ada diantara mereka yang simpan dulu pegangan itu dalam kocek mereka dan hanya keluarkan bila mereka terhimpit dan perlukan pertolongan..Tapi ada jugak yang secara totalnya campak terus pegangan mereka entah kemana kerana lena dibuai oleh dunia yang serba lengkap yang mungkin syurga buat mereka..Apapun gua doakan agar mereka masih lagi ada secubit hati yang boleh dibawa kembali kepada pegangan mereka..Harap-harap agar YANG MAHA ESA dapat beri mereka cahaya dalam dunia yang sangat-sangat "up to date" bagi mereka..Gua rasa dah banyak gua taip ne untuk permulaan buat gua dan lu orang baca..Bukan nak tunjuk atau buktikan apa-apa, tapi ini hanyalah sedikit picisan yang gua dapat kongsikan bersama lu orang dan buat diri gua sendiri jugak..Moga senantiasa ada sinar buat gua besok dan selamanya sekiranya gua masih bernafas..

**nota lekat : siapalah yang teringin nak amek lemak gua sket ne.?haha..so, matlamat dan misi tambahan 2013, gua nak kurangkan apa yang boleh dikurangkan..sambil usap perut sendiri..moga sukses ya encik silotape..